Guru, pensyarah kembali bertugas ke Sabah kena saring Covid-19

0
1

Nurul Huda Abhar

GURU dan pensyarah yang akan pulang ke Sabah dari Semenjung untuk memulakan tugas perlu menjalani ujian saringan Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menanggung kos ujian saringan bagi guru atau pensyarah dan ahli keluarga mereka.

“Bagi yang akan ke negeri Sarawak, kerajaan negeri telah menetapkan bahawa mereka akan dikuarantin sama ada di Institut Perguruan (IPG) atau mana-mana tempat yang telah dipersetujui oleh kerajaan negeri.

“Kos untuk kuarantin tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri Sarawak,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Pada masa sama, Ismail Sabri memaklumkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di kawasan yang mengalami banjir dan Pusat Pemindahan Sementera (PPS) dalam keadaan terkawal.

Tambahnya, imbas kod QR dan catatan suhu serta cecair sanitasi disediakan di PPS yang dilawati di Raub Pahang, semalam.

“Saya lihat mereka yang berpindah tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa memakai topeng muka dan sebagainya.

“Makanan juga secara berbungkus. Mereka patuh kepada SOP. Saya harap semua tempat patuh kepada SOP yang ditetapkan,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here