Bacaan selawat, taranum Zizi Kirana viral, netizen doa terus istiqamah kekal imej sopan

0
1

Nurul Huda Abhar

SUARA merdu penyanyi Zizi Kirana yang mengalunkan bacaan al-Quran dengan taranum mendapat pujian ramai di laman sosial, dan video tersebut menjadi tular sejak kelmarin.

Perkongsian Zizi atau nama sebenar Nur Fazelah Mad Tahil, 36, menerusi TikTok miliknya, memuat naik satu video pendek sedang bertaranum untuk rakaman sebuah program televisyen.

“Pertama kali tampil mengaji dalam televisyen. Insya-Allah saya akan terus belajar lagi,” tulisnya.

Pada masa sama, menerusi Insta Story nya pula, Zizi mengucapkan terima kasih buat doa-doa yang dititipkan kepadanya dan pujian ramai atas video tersebut.

“Alhamdulillah, terima kasih kerana tak putus mendoakan segala kebaikan untuk saya. Saya doakan kamu semua sentiasa dirahmati Allah dan bahagia selalu,” tulisnya hari ini.

Pelantun lagu Eh itu juga berselawat bersama Juara Tilawah Al-Quran 2019, Farhatul Fairuzah, dah video tersebut dikongsi Farhatul di Instagram (IG) miliknya.

Rata-rata pengikut IG terpesona dan memuji suara penyanyi itu mengalunkan selawat, oleh kerana sebelum ini Zizi hanya muncul di pentas untuk menyanyikan lagu bukan berkonsepkan keagamaan.

Selain itu, ramai yang tidak menyangka bahawa penyanyi kelahiran negeri Sabah itu membaca ayat-ayat suci Al-quran dengan merdu dan sempurna.

Difahamkan, rakaman tersebut untuk program televisyen yang akan ditayangkan pada bulan Ramadan nanti. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here