2,593 kes baharu Covid-19, tertinggi pernah direkodkan

0
1

Nurul Huda Abhar

KES jangkitan baharu Covid-19 di negara hari ini mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 2,593 kes dan empat kematian direkodkan.

Ia sekali gus menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 125,438 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu berkenaan terdapat enam kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan dalam negara pula sebanyak 2,589 kes.

“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 965 kes (37.2 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 894 kes (92.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

“Ini diikuti oleh Johor sebanyak 571 kes (22.0 peratus) dan Sabah sebanyak 405 kes (15.6 peratus),” katanya dalam sidang media, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 81 kes yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (73 kes), Kluster Pagar Siput (4 kes), Kluster Tembok gajah (3 kes), dan Kluster Matambai (1 kes).

“Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan empat kes kematian Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 513 kes,” ujarnya lagi.

Tambahnya, sehingga kini terdapat 141 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 67 kes memerlukan bantuan pernafasan.

  • Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here