UMNO bukan dayus, Umno marah bila Bersatu (Parti Pribumi Melayu Malaysia) cuba kacau Umno, kata Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau juga secara terbuka menyatakan kekecewaaannya terhadap sikap Bersatu yang dianggap ‘mengacau’ rumah tangga Umno.
“Saya pun tak paham laa..sorry mintak maaf cakap..ini ‘first time’ saya cakap ‘why must you disturb our market share?’ PPBM, mengapa kau nak mengacau Umno punya rumah tangga?
“Mengapa PPBM nak berkubang dalam kubang kita? Kau berkubanglah dalam kubang PAN (Parti Amanah Negara), kubang PKR tu..’the market is much bigger there..you practice kan laa blue ocean strategy because here is already red ocean’..dah ‘already crowded’.
“Umno and PAS dah already crowded dalam ni, nak datang pulak lagi sorang dan ‘to take our market share,” katanya menerusi siaran langsung di Facebook UN9.
Mohamad berkata situasi itu membuatkan Umno tidak suka selain terdapat gerakan dibuat untuk melemahkan Umno.
“Don’t blame UMNO’. Kita dah bersetuju dah bagi kau, kita sokong walaupun kau 13 kerusi kau PM (Perdana Menteri) tak apa kita setuju..walaupun UMNO tak ada jawatan penting, jawatan kanan, tak apa kerana kita dah berjaya jatuhkan DAP.
“Itu asas dia. Sekarang ini main cerita Umno tamak kuasa lah tak dapat jawatan lah..’come on man why can’t you go disturb PKR, disturb PAN? their market share even bigger there’. Campur PKR campur DAP ada situ dekat 100 kerusi,” katanya.
Beliau berkata sebagai Timbalan Presiden parti beliau akan berjuang mempertahankan hak Umno
“I will fight to the end’. ‘I don’t mind’ kita jalinkan kerjasama. ‘I understand’ kita jalinkan kerjasama kita akan mendapat banyak faedah tetapi jangan ‘undermine’ kita, jangan ambil ‘market share’ kita,” katanya.-Malaysiapost

