Hubungi pusat pengurusan bencana daerah bagi agihan bantuan banjir – Ismail Sabri

0
1

Nurul Huda Abhar

PIHAK atau agensi yang ingin menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir dinasihatkan supaya menghubungi Pusat Pengurusan Bencana Daerah terlebih dahulu bagi mendapatkan maklumat berkaitan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan tersebut bukan bermaksud menyekat bantuan yang ingin disalurkan tetapi ianya bagi membantu dari segi pengedaran barang-barang bantuan.

“Biasanya Pusat Pengurusan Bencana yang akan menentukan barang makanan atau barangan kering untuk kawasan yang terlibat.

“Mereka lebih tahu kampung mana yang dah terima, kampung mana yang masih belum dapat bantuan, jumlah penduduk di sana mereka tahu. Ini kerana jika tak cukup akan menimbulkan isu pula,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Ismail Sabri berkata, setiap kawasan telah menetapkan prosedur operasi standard (SOP) bagi pengagihan makan, dan kebiasaaan akan edarkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

“Biasanya NGO akan bantu di PPS dan di kawasan-kawasan yang terkepung juga akan dihantar,” katanya.

Terdahulu, jumlah mangsa banjir di Johor meningkat kepada 7,112 orang di lapan daerah, manakala di Pahang meningkat kepada 7,603 orang setakat pagi semalam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here