KKM pertimbang cadangan kuarantin di rumah bagi individu tak bergejala

0
1

Nurul Huda Abhar

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) sedang menilai cadangan untuk mengasingkan individu positif Covid-19 yang tidak bergejala atau bergelaja ringan dikuarantin di kediaman masing-masing.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, KKM masih mempertimbangkan kriteria-kriteria untuk memperkemaskan lagi cadangan tersebut.

“Sehingga kini masih terdapat kelewatan bila kes meningkat iaitu kelewatan petugas kesihatan menghantar pesakit dari rumah ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) ataupun ke hospital.

“Ini disebabkan pertambahan kes harian yang tinggi serta kemampuan hospital dan PKRC adalah terhad,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sehingga kini KKM masih boleh menampung, seperti mana jumlah kes aktif terkini adalah 20,000 dan kemampuan KKM adalah 23,000.

Namun, pihaknya melihat kemungkinan kes bertambah sama ada boleh mempertimbang 89 hingga 90 peratus kes daripada yang tidak bergejala sama ada boleh diasingkan dan dikuarantin di rumah.

Terkini, jumlah kes aktif jangkitan Covid-19 sehingga jam 12 tengah hari ini adalah 22,089 dan kes baharu sebanyak 1,741, dengan pertambahan tujuh lagi kematian akibat Covid-19. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here