Nurul Huda Abhar
POLIS semalam menahan 466 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Seramai 463 daripada jumlah itu dikenakan kompaun manakala dua direman dan seorang dijamin.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti pusat hiburan (187), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (110), tidak memakai pelitup muka (90), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (62) dan lain-lain (17).
”Semalam, Operasi Benteng menahan 24 pendatang asing tanpa asing (PATI) serta merampas enam kenderaan darat. Sebanyak 109 Sekatan Jalan Raya (SJR) dilaksanakan semalam yang melibatkan ATM, PDRM, Aksem.
“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” katanya. – Malaysiapost

