Nurul Huda Abhar
SEBANYAK 1,741 kes jangkitan Covid-19 direkodkan hari ini dengan Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu 687 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes baharu yang direkodkan itu menjadikan keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 120,818.
“Selangor melaporkan kes tertinggi iaitu 687, Sabah 303 kes, Johor 295 kes dan Kuala Lumpur 150 kes.
“Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan tujuh kes kematian hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah 501,” katanya dalam sidang media, hari ini.
Dr Noor Hisham berkata, sehingga kini terdapat 122 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 53 kes memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

