Dia curi orang kita, dia bagi duit kepada orang kita RM20,000 – Nazri

0
1

KETUA Umno Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mendakwa Bersatu menawarkan ahli Umno dengan bayaran sehingga RM20,000 bagi penubuhan cawangan parti berkenaan di Perak.

Katanya, tawaran itu dibuat kerana Bersatu tiada ahli di peringkat akar umbi dan atas sebab itu Mesyuarat Perwakilan Umno Padang Rengas hari ini memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan parti tersebut dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Kata beliau, tindakan Bersatu ‘mencuri’ 16 kerusi Parlimen Umno dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Perak memperlihatkan Bersatu memecah belahkan akar umbi Umno.

“Saya sebutkan sebelum ini Umno berang terhadap Bersatu di Perak sebab dia (Bersatu) kacau ahli kita, di kampung, ahli majlis (pihak berkuasa tempatan) pun terpaksa bagikan dengan dia walaupun dia tak ada orang.

“Dia curi orang kita, dia bagi duit kepada orang kita. Betul RM20,000 (tawaran kepada ahli UMNO buka cawangan Bersatu di Perak), dia mana ada orang di Perak, ada sesetengah orang yang ditawarkan.

“Kenyataan Setiausaha Agung Bersatu hendak tubuh 8,000 cawangan, boleh buat free macam Umno?,” katanya seperti dilapor Utusan Malaysia.

Sementara itu, Mohamed Nazri menyokong kenyataan Pengerusi Umno Perak, Datuk Saarani Mohamad semalam yang menegaskan Umno mahu lima kerusi Bersatu di Perak iaitu Parlimen Larut, Bagan Serai dan Bukit Gantang serta kerusi DUN Tualang Sekah dan Sungai Manik yang dimenangi atas tiket Barisan Nasional (BN), dikembalikan kepada parti itu pada PRU15.

“Saya sokong kenyataan Menteri Besar Perak kerusi kita di tiga Parlimen dan dua DUN mesti dikembalikan kepada Umno, tiada kompromi dalam hal ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here