Warganet seram tonton video kanak-kanak kayuh basikal jam 3 pagi

0
2

TULAR satu rakaman video seorang kanak-kanak bermain basikal sendirian di tengah jalan raya pada awal pagi, sehingga menimbulkan tanda tanya di media sosial.

Menerusi rakaman berdurasi 26 saat itu, kanak-kanak lelaki itu bermain basikal di tengah persimpangan jalan kira-kira jam 3 pagi, tanpa ditemani ahli keluarga.

Individu yang merakam video itu juga bercakap kepada kanak-kanak itu “jika kamu manusia kamu berhenti”, namun kanak-kanak itu terus mengayuh basikalnya.

Kejadian itu mendapat pelbagai respons pengguna laman sosial, termasuk ada yang mengaitkannya dengan keadaan seram.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, mengesahkan insiden itu berlaku di simpang sebuah kampung di Putatan, Sabah, Rabu lalu.

“Beberapa orang awam telah datang ke Balai Polis Putatan dan memaklumkan ternampak budak lelaki berusia kira-kira empat tahun, mengayuh basikal di simpang jalan kampung berkenaan.

“Anggota yang bertugas ketika itu terus bergegas ke lokasi sebelum menemui kakak-kanak berkenaan di simpang jalan terbabit.

“Kanak-kanak itu kemudian dibawa ke Balai Polis Putatan dalam keadaan selamat.

“Pada masa sama, ibu kanak-kanak itu datang ke balai polis untuk mengadu mengenai ketiadaan anaknya di rumah mereka,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Mohd Haris berkata, wanita itu mendakwa anaknya itu menghidap penyakit autisme. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here