Covid-19: 2,068 kes baharu, 3 kematian hari ini

0
1

Nilam Oshman

JUMLAH kes harian positif Covid-19 baharu hari ini mencatatkan 2,068 kes membabitkan 2,066 kes tempatan dan dua kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan kes positif di Malaysia sebanyak 115,078 kes dengan kes aktif sebanyak 23,433 sehingga jam 12 tengah hari tadi.

Menurutnya, Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu 776 kes.

“Daripada jumlah ini, 425 kes adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

“Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 457 kes dan Sabah 253 kes.

“Sebanyak 18 kes yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (13 kes), Kluster Tembok Gajah (4 kes) dan Kluster Pagar Siput (1 kes),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat 126 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 54 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Serta terdapat pertambahan tiga kes kematian melibatkan warganegara, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 474 kes,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here