2,000 penumpang dah naik Feri bot laju Pulau Pinang

0
1

PERKHIDMATAN baharu feri bot laju Pulau Pinang yang beroperasi hari ini sudah mencatat kira-kira 2,000 penumpang sehingga jam 10 pagi tadi. 

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, Datuk Tan Teik Cheng, berkata rata-rata pengguna berpuas hati dengan perkhidmatan itu.

Katanya, bermula jam 6.30 hingga 10 pagi tadi terdapat 16 perjalanan feri bot laju dengan anggaran 2,000 pengguna daripada keseluruhan 80 trip hari ini. 

“Kita jangkakan akan lebih ramai pada sebelah petang memandangan hari ini adalah hari cuti umum,” katanya seperti dilapor Kosmo. 

Perkhidmatan tersebut hanya mengambil masa perjalanan kira-kira 10 minit di antara Pangkalan Sultan Abdul Halim, Buttetworth Seberang Perai dengan Terminal Swettenham Pier Cruise, Georgetown. 

Feri bot laju yang berkapasiti 200 orang itu digunakan bagi tempoh interim sehingga Jun 2022 sebelum diganti dengan katamaran atau bas air.  

Sebelum ini, media melaporkan, perkhidmatan feri Pulau Pinang yang menghubungkan tanah besar di Seberang Perai dengan bahagian pulau negeri ini sejak 126 tahun lalu,  diganti bot penumpang laju bermula hari ini.

Feri sedia ada pula hanya akan digunakan sebagai medium pengangkutan kepada pengguna basikal dan motosikal bermula tarikh sama. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here