AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Ketari, Young Syefura Othman dikhabarkan bakal mengakhiri zaman janda dengan mengahwini seseorang pemimpin daripada Pemuda Umno.
Ummi Alfida Ali menerusi hantaran di Facebooknya memaklumkan perkara itu serta mendedah hubungan pasangan berkenaan.
Ummi berkata, beliau tidak sabar untuk menunggu hari pertunangan mereka pada 14 Januari ini dan majlis perkahwinan yang dilaporkan berlangsung Mac depan.
“Kompang dipalu di tahun baru moga kekal ke anak cucu.
“Pasangan yang paling letop yang bakal viral selepas Neelofa, YB Rara dan adikku Edrin Furtado ‘the most gorgeous couple’.
“Sama cantik sama padan selamat bercuti dan Selamat tahun Baru.. Tak sabar tunggu hari tunang 14 januari dan reception pada Mac (2021),” katanya.
Ummi menambah, beliau gembira atas perkhabaran berita tersebut malah akan menaja pelamin mereka.
“Saya nak belanja pelamin nanti.. Saya tumpang gembira untuk awak berdua, ” katanya. -Malaysiapost
