Nenek 70 tahun jadi Youtuber popular di India, raih 8 juta tontonan sebulan

0
2

DALAM usia mencecah 70 tahun, seorang wanita di India muncul sebagai ‘nenek paling polular’ apabila video masakannya di laman YouTube berjaya meraih lapan juta tontonan sebulan.

Suman Dhamane yang juga merupakan penerima terbaru anugerah YouTube tahun ini, kerana meraih perhatian ramai dengan berkongsi keenakan resepi menerusi saluran Aapli Aaji.

Wanita itu memperoleh lebih 580,000 pengikut mencatat lebih lapan juta tontonan setiap bulan, hanya dalam tempoh setahun.

Suman yang tidak pernah bersekolah atau memiliki pendidikan formal memuat naik lebih dari 140 resipi di saluran berkenaan.

Tanpa pengalaman dunia digital, dia dibantu cucu lelakinya berusia 17 tahun, Yash, yang mahir dalam menyunting serta menghasilkan video menarik sebelum di muat naik dalam YouTube setiap minggu.

Difahamkan, Yash yang bertangungjawab meningkatkan populariti neneknya dengan memaparkan kepakaran Suman memasak menerusi laman itu.

Video Suman meraih banyak tontonan kerana ia dirakamkan dalam bahasa Marathi, yang mempengaruhi penonton tempatan yang menggunakan bahasa itu.

Suman, yang berasal dari kampung Sarola Kasar sekitar 15 kilometer dari Ahmednagar, hanya menggunakan rempah-ratus buatan sendiri dan sayur-sayuran yang ditanamnya untuk menyiapkan semua resipi masakan tradisional itu.

“Saya tidak tahu apa itu YouTube dan tidak pernah memikirkan untuk meletakkan resipi di media sosial.

“Tetapi sekarang saya merasa tidak selesa jika saya tidak berkongsi resipi di saluran itu, ”katanya.

Tambahan pula, resepi masakannya adalah ringkas yang diamalkan oleh kaum ibu sejak bertahun-tahun, menjadikan pengalamannya itu lebih mudah diikuti ramai.

Suman berkata, dia yakin pengikutnya menyukai kaedah masakan serta resepi tradisional untuk menghasilkan rempah buatan sendiri.

Malah, katanya, ada antara pengikutnya mula membuat dan menjual rempah istimewa mereka secara komersial hasil tontonan yang dikongsi dalam saluran berkenaan. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here