PEMBACA segmen sukan TV3, Abu Bakar Atan dikhabarkan menamatkan perkhidmatan sebagai pembaca berita hari ini.
Menerusi ciapan di Twitter wartawan, Hazreen Mubarak, hari ini adalah hari terakhir Abu Bakar atau dikenali sebagai Abang Burn menjadi penyampai berita segmen sukan di Buletin Utama.
“Muka beliau mungkin biasa anda lihat di segmen sukan Buletin Utama. Tetapi esok (29 Disember 2020), bukan hari yang biasa buatnya.
“Esok hari terakhir ikon penyiaran sukan Abu Bakar Atan menjadi penyampai berita segmen sukan di Buletin Utama 😢 @newsmpb @BuletinTV3 @tv3malaysia,” katanya.

Sementara itu, pembaca berita segmen sama, Hasnida Hanim Ahmad Kamil turut memuat naik video di Instagram bersama Abang Burn ketika pertama kali mereka bekerjasama sewaktu program Soal Jawab.
Hanim mengakui Abu Bakar adalah antara individu yang banyak mengajar beliau dalam bidang kewartawanan sukan.
Difahamkan Abu Bakar akan memegang satu jawatan lebih penting di Malaysian Football League (MFL) yang memerlukan komitmen tinggi dan menyebabkan beliau menamatkan perkhidmatan di TV3. – Malaysiapost
https://www.instagram.com/tv/CJWL6NalQAG/?utm_source=ig_embed

