Paip pecah: Gangguan air di Klang, Shah Alam, Petaling jam 1 petang ini

0
1

PENGURUSAN Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan penutupan bekalan air membabitkan di tiga daerah iaitu Klang, Shah Alam dan Petaling berikutan paip utama pecah, petang ini.

Air Selangor dalam kenyataan berkata, paip utama di Bulatan Persiaran Tengku Ampuan, Seksyen 15 di Shah Alam dilaporkan pecah.

“Penutupan tersebut akan menyebabkan
sebanyak 130 kawasan di Wilayah Klang dan Shah Alam termasuk Petaling akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 1 petang ini.

“Kerja-kerja pembaikan ini akan dijangka siap sepenuhnya pada jam 9 malam ini dan bekalan air akan mula disalurkan kepada premis pengguna setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan.

“Tempoh masa pemulihan bekalan air kepada pengguna adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna,” kata kenyataan itu.

Air Selangor turut menyarankan pengguna menyimpan bekalan air secukupnya sebelum penutupan dilaksanakan dan menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh gangguan berlaku.

Orang ramai boleh layari aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook dan Instagram Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com untuk
mengetahui perkembangan berkaitan kerja pembaikan ini dari semasa ke semasa.
-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here