Bernikah dengan dua wanita serentak

0
2

PENGGUNA media sosial di Indonesia kembali heboh dengan kisah lelaki menikahi dua wanita serentak. 

Kali ini, ia berlaku di Kampung Talang Piase, Musi Banyuasin, Sumatera Selatan pada 26 Disember, lapor Agensi. 

Menerusi gambar dan video tersebar, kelihatan pengantin lelaki dikenali sebagai Suwan diapit dua pengantin wanita, masing-masing bernama Anggun dan Popy Anggraini. 

Ketiga-tiganya memakai persalinan pengantin tradisi adat Sumatera Selatan berwarna merah keemasan. 

Anggun dan Popy Anggraini dilihat tersenyum manakala Suwan agak malu-malu ketika gambar mereka dirakamkan. 

Keluarga Suwan, Okta ketika dihubungi mengesahkan perkahwinan itu. 

“Benar, majlis pernikahan itu berlangsung semalam dan kisah mereka sudah tular. Pengantin lelaki itu jiran saya dan kami ada ikatan keluarga,” katanya. 

Menurut Okta, majlis pernikahan bermula jam 9 pagi di rumah Suwan dan ramai tetamu hadir menyaksikan mereka disatukan. 

Media tempatan melaporkan majlis perkahwinan itu mendapat tumpuan apabila tetamu sentiasa memerhatikan gerak-geri pengantin. 

Kedua-dua mempelai dilihat menyanyikan lagu dan berjoget bersama dengan tetamu yang hadir bagi meraikan majlis mereka. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here