PKPD di Flat Persiaran Paya Terubong, Pulau Pinang tamat hari ini

0
1

Nilam Oshman

PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Flat Persiaran Paya Terubong, Relau, Mukim 13, Pulau Pinang ditamatkan hari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sebelum ini telah melanjutkan PKPD di Flat berkenaan bermula 7 Disember 2020 dan dijadualkan tamat pada 31 Disember 2020.

Katanya, sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah selesai melaksanakan 5,585 saringan ke atas penduduk-penduduk mengikut blok di lokaliti ini.

“Dan sebanyak 113 kes positif Covid-19 telah direkodkan.

“KKM mengesahkan kes positif Covid-19 di lokaliti ini menunjukkan trend penurunan dan tiada lagi sampel menunggu keputusan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di Flat tersebut hari ini, lebih awal daripada yang dijadualkan. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here