Tsunami: 16 tahun peristiwa hitam berlalu

0
1

GENAP 16 tahun hari ini kejadian gempa bumi berukuran 9.2 magnitud skala Richter yang mencetuskan ‘ombak raksasa’ Tsunami hingga mengorbankan lebih 230,000 nyawa di 14 negara termasuk Malaysia.

Menurut Cawangan Khidmat Awam (CKA), pada 26 Disember 2004, bencana Tsunami itu telah menyebabkan lebih 5,000 orang kehilangan tempat tinggal, 68 disahkan maut dan enam lagi masih hilang di Malaysia membabitkan empat negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Jumlah tertinggi kematian adalah di Pulau Pinang iaitu 52 orang, diikuti Kedah (12 orang), Perak (dua orang) dan Selangor (seorang), manakala, 2,486 nelayan dan 86 petani mengalami kerugian akibat bencana dahsyat itu.
Malaysia ketika itu mengalami kerosakan dan kerugian ekonomi sebanyak US$500,000.

Sementara itu, angka korban tertinggi di negara lain adalah Indonesia iaitu seramai 170,000 orang diikuti Sri Lanka (35,322 orang), India (18,045 orang) dan Thailand (8,212 orang), manakala kematian di negara lain adalah di bawah 100 orang.

Berdasarkan kajian Geologi Amerika Syarikat (AS), jumlah korban mencecah 283,000 orang dengan 14,000 lagi hilang dan 1,126 juta hilang tempat tinggal.

Tsunami Lautan Hindi 2004 itu merupakan bencana alam keenam yang mengakibatkan jumlah kematian tertinggi dan merupakan gempa bumi kelima terkuat dalam sejarah dunia sejak 1900.

Dalam pada itu, Banda Acheh di Indonesia paling terjejas teruk ibarat padang jarak padang tekukur selepas digegarkan gempa bumi dalam tempoh 15 dan 20 minit kemudian disusuli ombak raksasa setinggi 30 meter.

Ombak tsunami ini mempunyai kelajuan seperti sebuah kapal terbang berkelajuan sehingga 5,000 kilometer dan menyebabkan kerosakan serta kematian sehingga ke pesisir timur Afrika.

Di Acheh juga mempunyai perkuburan Massal (perkuburan besar) iaitu tempat bersemadi lebih 45,000 korban tsunami. Jenazah dikebumikan dalam satu lubang besar tanpa dikafankan kerana jumlah mayat terlalu banyak.

Menurut Kompas.com, kerajaan Indonesia turut mengalami kerugian yang mencapai puluhan trilion dan terpaksa melakukan pinjaman dengan Bank Dunia dan Bank Pembangunan Asia (ADB).

Bagaimanapun, sejak 2018, Aceh dan sekitarnya sudah bersih dengan baik. Wilayah kota dan perdesaan sudah teratur, manakala insfratruktur juga telah pulih sepenuhnya dan psikologi warga yang selamat juga telah
kembali.

Untuk mengenang memori mereka terhadap bencana itu, dibangunkan Muzium Tsunami. Di dalam muzium itu terdapat suara rakaman perempuan yang menyanyikan lagu dalam bahasa Aceh.

Selain itu, dipaparkan juga keadaan Aceh ketika terjadinya bencana tsunami. Malah, kerajaan juga menetapkan tanggal 26 Disember sebagai hari cuti daerah serta meminta rakyat untuk melakukan peringatan dengan aneka aktiviti agama dan refleksi setiap tahun. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here