Salahuddin buka pekong PH

0
2

Dr Kamarul Zaman Yusoff

SELAMA ini Pakatan Harapan (PH), khususnya DAP, sangat kuat mengutuk tindakan mencuri Ahli-Ahli Parlimen parti lain dan tindakan Ahli-Ahli Parlimen melompat parti sehingga ke tahap mahu akta anti lompat parti digubal bagi menghalangnya.

Menariknya, malam tadi, Timbalan Presiden Amanah merangkap Naib Presiden PH, Datuk Seri Salahuddin Ayub, tiga kali mengakui secara terbuka mengenai keaktifan PH berusaha mencuri Ahli-Ahli Parlimen parti lain.

Kali pertama disebut adalah mengenai “usaha yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan daripada sebelah sana beberapa kerusi lagi” yang didedah merupakan “keputusan yang kita telah capai dalam mesyuarat Majlis Presiden PH”.

Kali kedua disebut adalah mengenai “as a leader di dalam PH, kita mesti menggamit mereka” walaupun dikatakan bahawa “hari ini mungkin tak suka, hari ini mungkin mereka tidak berapa gembira, hari ini mungkin mereka ada masalah dengan kita”.

Paling menarik ialah pengakuan “untuk belah sana datang kepada kita, walaupun telah diusahakan, tak dapat lagi, sehingga ke akhir Hari Selasa tak boleh lagi, nak mintak mereka tak datang ke Parlimen pun tak boleh lagi, maknanya usaha dah dibuat tapi tak berjaya lagi.”

Jelas di sini PH telah berusaha mencuri Ahli-Ahli Parlimen parti-parti kerajaan dan telah berusaha meminta Ahli-Ahli Parlimen parti-parti kerajaan tidak hadir ke Parlimen untuk menjatuhkan kerajaan, cuma ia “tak dapat lagi” dan “tak berjaya lagi”.

Perlu diingat, ungkapan “tak dapat lagi” dan “tak berjaya lagi” menggambarkan bahawa usaha mencuri Ahli-Ahli Parlimen parti-parti kerajaan dan usaha meminta Ahli-Ahli Parlimen parti-parti kerajaan tidak hadir ke Parlimen adalah sesuatu yang berterusan.

Tidak menghairankan jika usaha PH mencuri Ahli-Ahli Parlimen parti-parti kerajaan dan usaha meminta Ahli-Ahli Parlimen parti-parti kerajaan tidak hadir ke Parlimen akan dilipatgandakan lagi hingga “dapat” dan “berjaya”.

Shame on you, PH, kerana mengecam tindakan Ahli-Ahli Parlimen Bersatu dan PKR berpindah menubuhkan kerajaan baru sedangkan ia dibuat secara sukarela tetapi kamu pada masa yang sama aktif mencuri Ahli-Ahli Parlimen parti-parti kerajaan! – Malaysiapost

Penulis ialah pensyarah kanan UUM
(Tulisan ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Malaysiapost)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here