PILIHAN Raya Umum Ke-15 (PRU-15) adalah ibu segala PRU, kata Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa.
Sehubungan itu, beliau berkata, parti politik orang Melayu dan gerakan politik Islam hendaklah sentiasa bergandingan dan elak perpecahan.
Katanya, ini kerana wujudnya gerakan termasuk dari luar untuk melemahkan kesatuan dan muafakat umat.
“Gandingan Umno, PAS, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), GPS yang menumbangkan pemerintahan PH yang pro liberal dan pro sosialis memberi tamparan hebat kepada gerakan antarabangsa yang tertentu.
“Kegagalan mereka membawa ICERD, Statut Rome, Kominis Malaya, LGBT dan lain-lain membuatkan mereka kini cuba bangkit semula di bawah satu ‘Grand Opposition Coalition’,” katanya.
Justeru, katanya, sekiranya muafakat antara Perikatan Nasional (PN), BN dan GPS runtuh sudah pasti mereka akan kembali semula.
“PRU-15 adalah sebenarnya ‘THE MOTHER OF ALL PRUs’.
“Para pejuang rakyat hendaklah perkasakan jati diri. Bangkit dengan semangat juang yang kental seperti para wira di Badar al Qubra.
“Jangan berpecah seperti pedoman dan pesan iktibar di Jabal Uhud. Awasi segenap gerakan..rapatkan saf perjuangan rakyat berbilang bangsa,” katanya. -Malaysiapost

