3 kluster baharu, tiga kluster tamat

0
1

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan tiga kluster baharu membabitkan tiga negeri iaitu di Sabah, Kuala Lumpur dan Johor.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ketiga-tiga kluster itu adalah Kluster Tapak Bina Metropolis, Estate Maju dan Batu 39.

Katanya, Kluster Tapak Bina Metropolis adalah membabitkan kluster di tempat kerja yang dikesan di daerah Kepong.

“Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 14 Disember melalui saringan tempat kerja di sebuah tapak binaan. 

“Sehingga hari ini, sejumlah 481 individu disaring dan 147 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, di Sabah pula pihaknya mengesan Kluster Estate Maju di daerah Kota Kinabalu, Putatan dan Tuaran.

“Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-74498) dilaporkan positif Covid-19 pada 8 Disember melalui saringan individu bergejala. Sehingga kini, sejumlah 63 individu disaring dengan 28 kes telah dikesan positif dalam kluster ini.

“Terakhir adalah Kluster Batu 39 yang dikesan di daerah Pontian, Johor membabitkan kes indeks ke-90568 yang disahkan positif Covid-19 pada 18 Disember lalu.

“Sehingga hari ini, sejumlah 152 individu disaring dengan 28 kes telah dikesan positif dalam kluster ini,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 244 kluster tamat termasuk tiga kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Saga, Kluster Tatahan dan Kluster Sakti di Sabah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here