Covid-19: HTAR lapor kes jangkitan tertinggi babit petugas kesihatan

0
1
.Dozens of hospital staff and in-patients at Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) in Klang have tested positive for Covid-19 in the past fortnight, raising concerns of an outbreak in the hospital..— KK SHAM/The Star

HOSPITAL Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang mencatatkan kes jangkitan tertinggi Covid-19 dalam kalangan petugas kesihatan di Lembah Klang iaitu 54 kes.

Menerusi hantaran di Facebook, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak enam hospital di Lembah Klang dilapor mencatatkan kes jangkitan tertinggi membabitkan petugas kesihatan.

Menurut KKM, hospital kedua dengan laporan kes tertinggi ialah Hospital Serdang dengan 29 kes diikuti, Hospital Sungai Buloh (15), Hospital Kuala Lumpur (10), Hospital Ampang (5) dan Hospital Selayang (4).

“Peningkatan mendadak kes jangkitan dalam kalangan petugas kesihatan berkait rapat peningkatan kes jangkitan dalam komuniti.

“Kes jangkitan di hospital-hospital terlibat adalah terkawal dan perkhidmatan kesihatan beroperasi seperti biasa,” menurut kenyataan tersebut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here