Permaisuri Agong, pemimpin negara ziarah jenazah Tun Rahah

0
1

RAJA Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah antara tetamu terawal berangkat menziarah jenazah Almarhumah Tun Rahah Mohamed Noah di kediamannya di ibu negara, malam ini.

Tunku Azizah Maimunah tiba pada jam 8.40 malam dan mengambil masa kira-kira 30 minit di rumah balu Allahyarham Tun Abdul Razak itu.

Sebelum itu, bekas Perdana Menteri yang juga anak sulung Tun Rahah, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba pada jam 8.27 malam.

Datuk Seri Najib Razak tiba di kediaman Allahyarhamah ibunya jam 8.27 malam

Sejak kira-kira jam 8 malam, ahli keluarga, saudara mara serta pemimpin politik daripada pelbagai parti tidak putus-putus hadir menziarah.

Antaranya, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan Menteri Agama, Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri; Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz serta anggota Kabinet yang lain.

Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Tengku Zafrul Abdul Aziz

Antara pemimpin politik yang hadir ialah Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan dan Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Tun Rahah meninggal dunia di Prince Court Medical Centre petang tadi pada usia 87 tahun dan jenazahnya dibawa pulang pada jam 6.15 petang.

Sementara itu, Mohamed Azmin ketika ditemui pemberita menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Tun Rahah.

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

“Satu kehilangan amat besar kepada negara kerana Almarhum Tun Razak dan isteri adalah tokoh penting di Malaysia.

“Saya masih ingat masa arwah Tun Razak meninggal dunia, arwah bapa saya bawa ke Masjid Negara masa saya darjah tiga.

“Hari ini amat sedih bagi kita semua…  sebagai tanda penghormatan kerajaan kepada Tun Rahah, maka esok akan diadakan Istiadat Pengebumian Negara,” katanya.

Allahyarhamah dijangka akan dibawa ke Masjid Ar Rahah esok sebelum dikebumikan di Makam Pahlawan di Masjid Negara selepas Zohor. – Malaysiapost

Datuk Seri Dr Wee Ka Siong

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here