‘Terlalu banyak kekecewaan’

0
1

PEMBANGKANG perlu kembali semula ke meja rundingan dan memikirkan kembali apa yang dapat ditawarkan kepada negara dan rakyat.

Perkara itu dibangkitkan tiga Ahli Parlimen wanita dari DAP iaitu Teo Nie Ching (Kulai),
Yeo Bee Yin (Bakri) dan Hannah Yeoh (Segambut), susulan kegagalan pembangkang menolak Belanjawan 2021.

Doakan kami mempunyai keberanian untuk melakukan perubahan – sekali lagi,” kata mereka menerusi kenyataan.

Ketiga-tiga Ahli Parlimen itu menyatakan tidak dapat menahan diri daripada merenung kembali hari-hari di mana mereka berbahas di Parlimen mengenai Belanjawan 2021.

Menurut mereka, begitu banyak isu penting dibangkitkan tetapi mereka tidak mendapat jawapan yang memuaskan oleh menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Semalam merupakan prestasi dan kesatuan pembangkang yang terbaik di Parlimen. Kami berjaya mengumpul sepenuh kekuatan untuk menentang Belanjawan 2021 tetapi kami masih tidak berjaya.

“Hampir setahun berlalu sejak Langkah Sheraton. Kami memiliki lebih banyak masa untuk mempertimbangkan dan berusaha mengambil semula apa yang telah dicuri daripada kita.

“Terlalu banyak kekecewaan yang kita sendiri dan penyokong kita rasai hari ini terutamanya pengundi yang membayar harga sangat tinggi untuk mengundi dan melakukan pengorbanan yang lain,” katanya.

Mereka seterusnya menyatakan ketika 2020 hampir melabuhkan tirainya, pembangkang memerlukan impian dan harapan baharu.

“Pengorbanan daripada diri sendiri wajib dilakukan oleh kita semua dengan meletak tepi semua agenda peribadi demi membina sebuah impian yang kolektif.

“Jika seorang, kita mungkin agak terbatas – minat dan cita-cita kita. Dua tentunya lebih baik daripada seorang. Tetapi tiga tali disimpul tentunya sukar diputuskan (sepertimana persahabatan kami). Harga sebuah perpaduan tidak ternilai harganya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here