Penceramah bebas ditahan dipercayai cabul lelaki

0
1

SEORANG penceramah bebas ditahan selepas didakwa mencabul lelaki berumur 30 tahun, semalam.

Suspek yang juga guru agama itu ditahan di sebuah madrasah di Machang jam 3 petang semalam.

Menurut siasatan awal, kejadian tersebut berlaku pada jam 1.15 pagi di sebuah hotel di Kota Bharu selepas suspek dan mangsa yang juga ahli perniagaan dikatakan keluar makan bersama.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, mangsa dipercayai berkenalan dengan suspek di sebuah pasar raya di Kelantan sebelum bersetuju untuk keluar makan bersama mangsa dua hari kemudiannya.

“Menurut mangsa, sebelum kejadian, suspek telah menghubunginya dan mengajak keluar minum bersama.

“Semasa berada di tempat kejadian, suspek didakwa mencium pipi dan melakukan perbuatan kelucahan yang melampau.

“Mangsa yang tidak berpuas hati dengan tindakan suspek membuat laporan polis sejurus kejadian dan mendapatkan rawatan lanjut di hospital,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan dan suspek direman empat hari untuk siasatan lanjut.

Mangsa memberitahu masih trauma dengan kejadian tersebut dan berharap polis dapat melakukan siasatan terperinci. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here