60 keluarga asnaf terima bantuan

0
1

SYARIKAT Bio Integrasi Sdn Bhd semalam menyalurkan bantuan kepada 60 keluarga asnaf sempena program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dianjurkan bersama Masjid As-Sobirin, Lembah Keramat di Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahrizal Sarip berkata, penerima menerima bantuan berbentuk barangan keperluan harian yang turut disumbangkan enam syarikat swasta lain.

“Saya harap bantuan yang diberi tidak berhenti di sini, malah akan ada lagi siri bantuan lain,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan sumbangan itu.

Menurutnya, golongan asnaf menjadi tumpuan syarikat yang menyertai program itu kerana mereka adalah kumpulan paling terjejas akibat pandemik Covid-19.

Dalam pada itu jelasnya, hampir 150 orang golongan asnaf yang dimaklumkan yang memerlukan bantuan, namun atas faktor Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jumlah penerima perlu dihadkan.

Bagaimanapun, beliau menaruh harapan agar program seumpama itu dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here