MAQIS rampas 13.65 tan daging kambing sejuk beku

0
2

DAGING kambing sejuk beku seberat 13.65 tan dari Australia yang dibawa masuk ke negara ini dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang.

Rampasan itu dilaksanakan dalam pemeriksaan ke atas sebuah kontena di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) Pulau Pinang, kelmarin.

Dalam operasi pada jam 5.45 petang itu, sepasukan penguat kuasa MAQIS mendapati sebuah kontena yang baharu masuk ke pelabuhan berkenaan sebelum menjalankan pemeriksaan.

Pengarah MAQIS negeri, Zarina Ramli, berkata pemeriksaan yang dijalankan mendapati terdapat daging kambing sejuk beku seberat 13,651 kilogram (kg) bernilai RM365,917.45.

“Daging kambing sejuk beku ini adalah jenis ‘boneless mutton leg’ seberat 6,020 kg, ‘boneless mutton trunk’ (5,630 kg) dan ‘mutton tribe’ (2,001kg).

“Ketika penguat kuasa melakukan semakan didapati maklumat yang dikemukakan pada barangan terbabit adalah tidak tepat dan mengelirukan seperti yang dinyatakan pada syarat-syarat di dalam permit import agensi ini.

“Berikutan, kita menyita kesemua daging kambing sejuk beku itu untuk tindakan selanjutnya,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Beliau berkata, siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

“Bagi seksyen ini, mana-mana orang yang memberikan maklumat yang palsu, tidak tepat atau mengelirukan dalam pengimportan keluaran pertanian adalah menjadi suatu kesalahan.

“Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau keduanya sekali,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here