Hadi selesai menghadap Sultan Perak

0
1
KUALA LUMPUR 09 JANUARY 2016. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melambaikan kepada media selepas Majlis Taklimat Tertutup Majlis Syura bersama pimpinan PAS di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, Taman Melewar. NSTP/ SAIRIEN NAFIS

PRESIDEN PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat meninggalkan pekarangan Istana Kinta, Perak, selepas menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Abdul Hadi keluar sambil melambai tanpa turun bertemu media pada jam 11.40 pagi iaitu kira-kira 50 minit selepas tiba di istana.

Beliau tiba di pekarangan Istana Kinta pada jam 10.50 pagi tadi bagi memaklum sembah perkembangan situasi politik.

Majlis mengadap itu dilangsungkan susulan perkenan Sultan Perak susulan surat yang diutuskan Abdul Hadi, Khamis lalu.

Abdul Hadi dilaporkan mengadap Sultan Perak bagi memaklumkan ‘situasi politik membabitkan PAS’. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here