Ada konspirasi, usaha batalkan dasar ‘No Anwar, No DAP’

0
2

Fitri Nizam

APABILA bekas Ketua Pengarah Jasa mahu Umno menyokong pembentukan kerajaan dengan DAP, maka benarlah ada konspirasi dan usaha berterusan untuk membatalkan keputusan dasar ‘No Anwar, No DAP’.

Timbalan Ketua Umno Bahagia Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz, berkata sejak mengikut pemimpin tertentu yang tidak dinamakan, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi sudah tergelincir daripada perjuangan sebenar Umno.

Katanya, beliau juga bertindak bertentangan dengan apa yang pernah dikatakannya berulang-ulang kali dalam sekolah Jasa mengenai DAP.

“Jelas ini adalah hipokrasi politik dan kemunafikan yang nyata.

“Pesan saya kepada Datuk Dr Puad Zarkashi, kembalilah kepada ayat Allah, surah an-Nisa’ ayat 139,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ahli Majis Tertinggi Umno itu berhubung slogan ‘No Anwar, No DAP’ tidak semestinya relevan sepanjang masa.

Tun Faisal berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini telah bekerjasama dengan DAP dan sekarang pemimpin yang diikuti oleh Puad juga mahu mengulangi perkara yang sama

“Allah telah tunjukkan bahawa ‘izzah (kekuasaan dan kemuliaan) itu milik Allah sepenuhnya.

“22 bulan sahaja (Dr) Mahathir berkuasa sebelum Allah campak dalam kehinaan yang amat sangat.

“Masih tak cukupkah perasaan dimalukan ketika anda tidak dijadikan calon dahulu? Cukup-cukuplah mengikut telunjuk orang,” katanya lagi. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here