PKPD Asrama Top Glove dan PTS Sibuga ditamatkan

0
1
PUTRAJAYA, 8 Jun -- Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media harian perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Bangunan Perdana Putra hari ini. Kerajaan setuju membenarkan pembukaan semula sektor peniagaan berkaitan sukan seperti gimnasium, dewan tertutup, kompleks sukan dan pusat snuker bermula 15 Jun ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Muhammad Mustakim Ramli

KERAJAAN mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Asrama Top Glove, Klang, Selangor ditamatkan hari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat selepas Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati terdapat trend penurunan kes positif yang dilaporkan dan tiada lagi sampel saringan yang menunggu keputusan.

“KKM telah melaksanakan sebanyak 5,805 saringan dan jumlah kumulatif kes positif adalah sebanyak 4,305 kes di asrama lelaki di Jalan Abadi 1A/KU8, asrama wanita di Jalan Abadi 1A/KU8 dan Jalan Abadi 10A/KU8.

“Sehingga kini, semua kes negatif juga telah menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah (HSO) selama dua kali tempoh inkubasi Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, sehingga kini, daripada 28 kilang yang telah ditutup, 14 kilang telah dibenarkan beroperasi semula selepas semua pekerja disaring dan kilang telah disanitasi, manakala baki 14 kilang lagi akan dibuka secara berperingkat.

“Pihak pengurusan Top Glove juga diarahkan untuk mematuhi arahan berkaitan pengurusan wabak Covid-19 di kalangan pekerja selepas penamatan PKPD ini,” katanya.

Dalam pada itu katanya, atas nasihat KKM, sidang khas hari ini memutuskan untuk menamatkan PKPD di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Sibuga, Sandakan pada 15 Disember seperti yang telah dijadualkan.

“Sehingga 11 Disember 2020, KKM telah melaksanakan 1,062 ujian saringan dan sebanyak 217 kes kumulatif Covid-19 telah direkodkan.

“Bagaimanapun, sehingga kini hanya tinggal baki 29 kes aktif positif Covid-19 yang melibatkan tahanan dan kakitangan di pusat tahanan ini yang sedang dirawat,” katanya

Sementara itu, PKPD di Kampung Desa Bajau dan Kampung Dasar Baru, Lahad Datu, Sabah selama 14 hari lagi bermula 16 Disember 2020 sehingga 29 Disember 2020.

Ismail Sabri berkata, keputusan itu dibuat selepas KKM mengesahkan masih terdapat baki sampel saringan yang menunggu keputusan.

“Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 1,439 ujian saringan dan sebanyak 238 kes kumulatif Covid-19 telah direkodkan di kedua-dua lokaliti ini.

“KKM mengesahkan masih terdapat sebanyak 1,160 yang menunggu keputusan dan risiko untuk berlaku penularan Covid-19 dalam kalangan penduduk berikutan kes aktif yang tinggi,” katanya.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here