Rogol murid tahun 6: Reman 10 remaja dilanjutkan

0
1

PERINTAH reman terhadap 10 remaja lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes rogol murid tahun enam di dua buah rumah di Kemaman, Terengganu dilanjutkan empat hari lagi, bermula esok.

Perintah itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Sesyen Kemaman, Masni Hajar Ghazali hari ini bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, lapor Utusan Malaysia.

Terdahulu, suspek yang berusia antara 13 tahun hingga 19 tahun tiba di pekarangan mahkamah berkenaan kira-kira jam 9.24 pagi.

Kesemua mereka ditahan reman lima hari bermula Rabu lalu.

Dalam kejadian pada 6 hingga 7 Disember lalu, kanak-kanak berusia 12 tahun itu mendakwa dirogol 10 lelaki termasuk seorang kenalannya yang baru dikenali dua hari menerusi aplikasi WhatsApp.

Kejadian terbongkar selepas mangsa yang tidak pulang ke rumah selama dua hari, didesak ahli keluarganya menceritakan keadaan sebenar sebelum membuat laporan polis.

Hasil pemeriksaan di Hospital Kemaman mengesahkan terdapat kesan koyakan pada alat sulit mangsa. -Malaysiapost

Foto: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here