Umie Aida terima menantu

0
2

Nilam Oshman

DENGAN sekali lafaz, anak sulung, Datin Seri Umie Aida iaitu Danial Firdaus, 27 selamat bergelar suami kepada Hanis Zahira, 28, dalam satu majlis pernikahan di Masjid Ibnu Mas’ud, Jalan Damai, Kuala Lumpur, pagi tadi.

Pasangan merpati dua sejoli itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Ghazali dengan mas kahwin seutas rantai emas.

Umie berkongsi berita gembira berkenaan menerusi satu hantaran video dimuat naik di Instagram miliknya.

Umie meluahkan rasa syukur di atas pernikahan dan kehadiran menantu pertamanya serta turut mengucapkan tahniah kepada anak angkat pertamanya itu.

“Alhamdulillah syukur, tahniah,” katanya menerusi entri di Instagram Story yang dirakam bersama adik-beradiknya, pengarah, Erma Fatima dan Betty Rahmad.

Dalam masa sama, Erma dalam video tersebut juga menzahirkan perasaan gembira dengan kehadiran ahli keluarga baharu.

“Alhamdulillah, kita dah dapat satu keluarga baru. Bertambah lagi keluarga, Insya-Allah bulan depan ada lagi,” katanya.

Danial yang juga merupakan pemain keyboard kumpulan Neon Band dan isterinya, Hanis sebelum ini mengikat tali pertunangan pada Jun lalu.

Selain Danial, Umie mempunyai dua orang anak angkat lagi iaitu Mohd Dzulhilmi, 26, dan Nur Aisya berusia setahun.
-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here