Marvel kongsi klip ekslusif Loki

0
1

Muhammad Mustakim Ramli 

MARVEL Entertainment hari ini berkongsi klip eksklusif Loki yang akan bersiaran di laman streaming Disney+ tidak lama lagi. 

Walaupun baru dimuatnaik di You Tube pagi tadi, ia telah mendapat lebih sejuta tontonan dan lebih 130,000 tanda suka. 

Menerusi klip berdurasi 2.44 minit itu, ia adalah kesinambungan babak filem Avengers: Endgame di mana, Loki menggunakan batu Tessaract untuk melarikan diri dan dibawa ke ‘demensi lain’. 

Sebelum ini, Loki yang dilakonkan Tom Hiddleston di dalam filem Avengers: Infinity War mati dibunuh Thanos, sebelum wataknya ‘hidup’ semula selepas pasukan Avengers menggunakan mesin masa untuk mengutip semula batu infiniti di dalam Endgame. 

Pastinya peminat Marvel khususnya yang mengikuti Marvel Cinematic Universe tidak sabar mengikuti kisah perjalanan adik Thor ini selepas dimatikan sebelum ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here