PENYAMPAI radio Hot FM, Zetty selamat diijabkabulkan dengan pemain bola sepak Perak, Ahmad Khairil Anuar Zamri, semalam.
Zetty atau Zetty Nabila dinikahkan bapanya, Muhamad Ghazali Mohd Sali di Pejabat Agama Islam Sepang, jam 10.30 pagi.
Menurut Zetty, dia cuma mengadakan majlis secara sederhana di kediaman keluarganya selepas akad nikah.
Ia susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Lembah Klang yang masih berkuatkuasa, lapor portal hotfm.
Zetty menerima mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin selain perhiasan serba berdiri dan wang hantaran seperti dipersetujui kedua-dua belah keluarga.
Ahmad Khairil Anuar atau Beto yang berusia 25 tahun adalah pemain tengah pasukan Liga Super Perak serta pernah mewakili pasukan kebangsaan. – Malaysiapost

