Tindakan pantas Air Selangor selesaikan isu penceraman

0
2

PUJIAN perlu diberikan kepada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam menyelesaikan masalah pencemaran dengan pantas, malam tadi.

Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang yang dihenti tugas berikutan pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor, kembali beroperasi pada jam 3.30 pagi tadi.

LRA Sungai Selangor (SSP) Fasa 1, 2 dan 3 juga kembali beroperasi pada 5 pagi.

Air Selangor menerusi kenyataan memaklumkan semua loji kembali beroperasi selepas bacaan pada tahap 0 TON sebanyak tiga kali berturut-turut direkodkan.

“Maklumat bekalan air boleh didapati di semua saluran komunikasi Air Selangor dari semasa ke semasa,” katanya hari ini.

Terdahulu, empat LRA terpaksa dihenti tugas ekoran pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor.

LRA Rantau Panjang dihenti tugas pada 11.30 malam tadi diikuti LRA SSP Fasa 1, 2 dan 3 pada jam 1 pagi tadi.

Henti tugas itu menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 1,274 kawasan di wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here