Terbang serendah RM12 sehala

0
2

SYARIKAT penerbangan tambang murah, AirAsia Bhd menawarkan tawaran tambang serendah RM12 sehala bermula semalam untuk penerbangan domestik.

Tawaran harga itu boleh ditebus untuk perjalanan bermula 14 Disember ini hingga 30 Jun 2021.

Menerusi perkongsian di Twitter, semua tempahan penerbangan yang dibuat sehingga 31 Disember 2020 dengan tempoh perjalanan bermula semalam sehingga 31 Mac 2021 juga boleh membuat perubahan tarikh perjalanan tanpa had dan tanpa bayaran tambahan untuk pertukaran penerbangan melalui pautan ‘Tempahan Saya’.

AirAsia turut berbesar hati bekerjasama dengan Tourism Malaysia bagi menawarkan e-baucar bernilai RM50 untuk kempen Cuti-Cuti Malaysia yang diumumkan pada 24 November lalu.

Untuk lebih mudah, orang ramai boleh membuat pembayaran menggunakan BigPay.

Bagi mereka yang belum memiliki BigPay, boleh mendaftar dan menggunakan refferal codeini 1GZSREAKLO untuk mendapatkan kredit sebanyak RM10. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here