Krisis Perak: Zahid tiba di Istana Kinta

0
1

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Istana Kinta Ipoh bagi menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, sebentar tadi.

Kenderaan yang dinaiki Ahmad Zahid dilihat memasuki pekarangan istana bersama beberapa kenderaan lain pada jam 9.55 pagi.

Turut menghadap, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Saarani Mohamad yang tiba di pekarangan istana pada jam 9.57 pagi.

Ahmad Zahid menghadap Sultan Perak dipercayai bagi menyembah maklum pendirian parti berhubung kemelut terkini politik negeri itu khususnya dalam pemilihan Menteri Besar Perak yang baharu.

Ini kali kedua Presiden Umno itu menghadap Sultan Perak, selepas kali pertama kelmarin.

Sebelum ini, Saarani disebut-sebut bakal dicalonkan Umno untuk jawatan Menteri Besar susulan peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu selepas gagal mendapat sokongan dalam usul undi percaya di DUN Perak, Jumaat lalu. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here