2 polis ditahan paksa kekasih lakukan hubungan seks

0
2

MENCEMARKAN imej pasukan. Itu yang boleh dikatakan terhadap dua anggota polis yang ditahan dipercayai memaksa pasangan kekasih melakukan hubungan seks sambil merakam aksi terlarang itu.

Tidak cukup dengan itu, mereka turut didakwa mencabul mangsa wanita dan memaksanya melakukan seks oral dalam kejadian di Pengkalan Chepa, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 10.45 malam itu, dua anggota polis berusia 31 dan 35 tahun dipercayai turut melakukan peras ugut RM1,250 selain menumbuk salah seorang mangsa.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat, berkata kejadian berlaku ketika dua anggota polis itu melakukan rondaan sebelum terserempak pasangan kekasih berusia 20-an dalam sebuah kereta di tepi jalan.

“Anggota polis berkenaan dikatakan menumbuk seorang mangsa sambil mengugut dengan meminta RM1,200 supaya kes tidak dirujuk ke pejabat agama.

“Selepas memperoleh wang yang diambil di mesin juruwang automatik (ATM) berdekatan, anggota polis itu juga didakwa menyuruh pasangan kekasih itu melakukan hubungan seks dalam kenderaan mangsa sambil aktiviti itu dirakam menggunakan telefon bimbit anggota polis.

“Mangsa wanita turut mendakwa dia dipaksa melakukan seks oral selain dicabul oleh seorang anggota polis ketika kekasihnya mengambil wang di ATM,” katanya seperti dilapor BH.

Shafien berkata, pihaknya menerima laporan yang dibuat pasangan berkenaan pada Ahad lalu iaitu dua hari selepas kejadian.

“Susulan itu, kita menahan dua anggota berkenaan dan kini direman seminggu untuk siasatan lanjut.

“Berdasarkan laporan mangsa, kita mengambil kira semua dakwaan dan siasatan menyeluruh akan dijalankan. Sekiranya benar anggota kita terbabit dalam jenayah, kita akan mengambil tindakan sewajarnya.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 377c, 354 dan 384 Kanun Keseksaan,” katanya sambil memaklumkan kedua-dua mangsa dihantar ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here