Usah bimbang, bekalan Vaksin Covid-19 tiada masalah

0
1

[PARLIMEN] KERAJAAN yakin syarikat farmaseutikal, Pfizer tidak menghadapi masalah rantaian bekalan vaksin Covid-19 untuk diberikan kepada Malaysia.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata masalah berkenaan hanya memberi kesan kepada proses penyediaan bekalan kepada negara berkaitan bagi tahun ini.

“Kita dimaklumkan masalah ini tidak akan berikan kesan kepada operasi tahun depan untuk Malaysia.

“Bagaimanapun, jika berlaku gangguan rantaian bekalan, itu sebab seperti negara lain, kita ambil pendekatan bekalan portfolio vaksin diperoleh daripada pelbagai syarikat,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Menerusi kontrak yang ditandatangani sebelum ini, beliau berkata Malaysia sepatutnya mendapat bekalan vaksin daripada Pfizer dan BioNTech sebanyak 20 peratus pada suku pertama 2021.

“Ini bagi memastikan matlamat untuk mendapat bekalan vaksin yang mencukupi, kalau hanya daripada satu syarikat, ada risiko tidak dapat vaksin yang mencukupi,” kata Ahli Parlimen Rembau Itu. -Malaysiapost

Foto Kredit: Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here