POLIS hari ini menahan seorang remaja di Lawas, Sarawak yang tular baru-baru ini melempar kucing secara zalim ketika bersiaran di aplikasi TikTok.
Penahanannya dimaklumkan oleh penduduk Kampung Aru Baru, Sundar kira-kira jam 9 pagi, seperti dilaporkan The Animal News hari ini.
Pelaku yang disyaki seorang remaja lelaki berusia dalam lingkungan 19 tahun.
Difahamkan, remaja itu dilaporkan sebagai normal oleh penduduk kampung.
Video lempar kucing yang viral baru-baru ini mengundang kemarahan netizen di seluruh negara dan menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak masuk akal dan permulaan kepada kezaliman haiwan.
Penahanan remaja lelaki ini memberi kelegaan kepada seluruh warga pencinta haiwan sekali gus memberikan keadilan kepada haiwan yang dianiaya.
Video viral ini mendapat perhatian Persatuan Haiwan Malaysia yang menyeru supaya pelaku lelaki ini dicari dan ditangkap kerana berbuat zalim kepada kucing. – Malaysiapost

