Kerajaan tak bercadang laksana GST

0
2

[PARLIMEN] KERAJAAN tidak bercadang untuk melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dalam masa terdekat ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Mohd Shahar Abdullah, berkata, GST bukan antara pilihan dan fokus kerajaan ketika ini.

Sebaliknya, beliau berkata, tumpuan sedang diberi kepada tiga perkara iaitu menjaga kesihatan rakyat, menjaga kelangsungan ekonomi dan memastikan ketahanan ekonomi.

“Kita akan kaji semua itu dan kita lihat dalam Belanjawan (2021), kita banyak tumpuan langkah lain bagi kurangkan ketirisan negara,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Mohamad Sabu (PH- Kota Raja) yang meminta kerajaan menyatakan sama ada kerajaan bercadang melaksanakan GST untuk mengatasi ketidakstabilan ekonomi negara ketika ini. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here