Sultan Johor hadiah cincin khas kepada kakitangan istana

0
1

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan cincin khas sebagai kenangan kepada kakitangan istananya.

Baginda mendapat ilham itu melalui hobi baharunya iaitu membuat batu cincin dari sejenis spesies siput.

“Almarhumah bonda saya pernah kurniakan satu cincin sebegini ketika saya muda dan kini saya turunkan ia kepada (DYAM) Tunku Mahkota.

“Beberapa ketika dahulu, saya terjumpa siput yang sama dihidangkan dalam santapan saya, jadi saya telah mendapat batunya dan mengilatkannya sendiri. Lalu saya fikir ini boleh menjadi satu cenderahati yang sangat bermakna untuk kakitangan saya,” titahnya seperti dipetik dari Facebook Royal Press Office hari ini.

Batu-batu untuk setiap kakitangan telah dipilih dan digilap sendiri oleh baginda sebelum dibentuk oleh tukang emas peribadinya.

Baginda juga bercadang untuk menggunakan batu-batu berkenaan sebagai perhiasan kancing baju Melayu, cufflink dan pin tali leher baginda. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here