Aktiviti di masjid, surau di zon merah ikut SOP PKPB – MAIK

0
2

Fitri Nizam

SOLAT Jumaat, solat fardu dan aktiviti di masjid, surau serta musolla bagi jajahan di Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah dan Machang diteruskan berdasarkan garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Abdul Aziz, berkata perkara itu mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Katanya, ia sebagaimana yang diperuntukkan Perkara 6(1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, berkuatkuasa bermula esok sehingga 20 Disember depan.

“Manakala bagi jajahan Bachok, Tumpat, Pasir Putih, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang adalah dibenarkan beroperasi sebagaimana garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Bagi surau dan musolla yang terletak dalam kawasan Kluster Mengketil dan kawasan Istana Kubang Kerian yang diarah tutup sebelum ini adalah tidak dibenarkan beroperasi sehingga suatu tarikh yang diberitahu kelak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) amat mengharapkan kerjasama daripada semua pihak dalam melaksanakan ketetapan ini.

“Bersama-samalah kita istiqamah dan yakin bahawa Allah SWT pasti membantu dan memperkenankan doa serta harapan kita semua,” katanya – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here