KETUKAN misteri selama 18 hari yang menghantui penduduk Sabah Bernam di Selangor, berakhir selepas tiada laporan berhubung kes berkenaan.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias ketika mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya tetap melakukan kawalan rondaan di kampung dan taman perumahan meskipun gangguan itu telah berakhir.
“Kita juga menggalakkan penduduk membuat rondaan di kawasan masing-masing bagi mengelak perkara tidak diingini,” katanya seperti dilapor BH.
Agus Salim mengingatkan masyarakat agar tidak memperbesarkan lagi isu gangguan ketukan pintu misteri itu hingga menimbulkan ketidaktenteraman penduduk.
Sebelum ini, penduduk Sabak Bernam dilanda tanda-tanya dan ketakutan susulan gangguan ketukan pintu misteri yang berlaku sejak 18 November lalu. – Malaysiapost

