FAM ‘cari jalan’ pastikan Harimau Malaya berlatih

0
2

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) sedang berusaha mendapatkan kebenaran pihak berkuasa bagi membenarkan sesi latihan untuk pasukan kebangsaan.

Setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingam, berkata pihaknya sedang menguruskan beberapa perkara mengenai sesi latihan yang mungkin diadakan pada Januari ini.

“Kita memang sebelum ini ada rancangan untuk adakan latihan selepas Piala Malaysia, tetapi dengan penangguhan liga dan Piala Malaysia (kemudiannya dibatalkan), semua itu dah tak boleh jadi.

“Tetapi kita sedang bincangkan satu kem latihan sebelum Mac untuk memberi peluang jurulatih bersama pemain ini yang tidak berlatih setahun lebih,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Stuart menambah pihaknya mencapai kata sepakat dengan pengelola Liga Malaysia, Malaysian Football League (MFL) di mana skuad kendalian Tan Cheng Hoe turut diberi kelonggaran pada pertengahan Mac nanti bagi menjalani latihan.

Pemain skuad kebangsaan tidak menjalani sebarang latihan pada tahun ini setelah negara dilanda pandemik Covid-19, yang turut merencatkan perjalanan Liga Malaysia. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here