Op Khas saman ‘rider’ e-hailing langgar undang-undang jalan raya

0
1

SEBANYAK 181 kenderaan, sebahagian besar ‘riders’ e-hailing disaman atas pelbagai kesalahan menerusi OP Khas (e-Hailing) di Kota Damansara di Petaling Jaya hari, semalam.

Operasi dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, susulan aduan berlakunya pelanggaran undang-undang jalan raya oleh ‘rider’ e-hailing.

Operasi tersebut diketuai Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan JSPT Bukit Aman, Superintendan Dr Bakri Zainal Abidin.

JSPT menerusi kenyataan berkata operasi itu antara lain bertujuan memeriksa penunggang e-hailing yang tidak mematuhi peraturan jalan raya dan sering melanggar lampu isyarat.

Selain itu, pemeriksaan fizikal kenderaan demi memastikan keselamatan kenderaan dan pemandu atau penunggang motosikal dalam keadaan baik.

“Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan lalu lintas demi keselamatan pengguna jalan raya amnya,” kata kenyataan itu.

Menurut JSPT, turut ditahan adalah tujuh lelaki, masing-masing dua warga Bangladesh selebihnya Indonesia mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mengelak sekatan polis dengan melawan arus.

“Perbuatan sebegini bukan sahaja membahayakan nyawa mereka, malah kepada pengguna jalan raya yang lain.

“JSPT akan terus melaksanakan operasi sebegini bagi memastikan orang ramai terutama rider e-hailing mematuhi peraturan jalan raya,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here