Najib kemuka bukti ladang kerajaan Perak dijual kepada syarikat Singapura

0
1
Pix via Malaysiapost

Nurul Huda Abhar

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kemukakan bukti berhubung kenyataannya yang mendakwa kerajaan negeri Perak di bawah pemerintahan Perikatan Nasional telah menjual ladang sebesar 15,000 hektar pada Julai lalu.

Beliau menerusi hantaran di Facebook (FB) berkata, ladang dengan keluasan milik kerajaan negeri itu sejak 1995 telah dijual kepada sebuah syarikat berpangkalan di Singapura pada harga RM341 juta secara rundingan terus.

“Najib tak senang kata apa-apa tanpa bukti.

“Nilai sebenar ladang tersebut adalah sebanyak RM1.03 bilion sebelum PRU14 tetapi telah dijual dengan nilai rendah pada ketika harga minyak sawit rendah.

“Setelah dijual, harga minyak sawit dunia sudah cecah RM3,400 satu tan,” tulisnya hari ini.

Turut dimuat naik adalah surat pengesahan tertera nama syarikat Kuala Lumpur Kepong Berhad berkaitan penjualan aset itu kepada Taiko Plantations Pte. Ltd bertarikh 24 April lalu.

Terdahulu, Ahli Parlimen Pekan itu dalam satu hantaran berlainan menyatakan kehilangan sokongan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dipercayai berpunca dari beberapa perkara yang tidak disenangi Umno negeri itu.

Beliau berkata, dua isu utama ialah penjualan ladang sawit 15,000 hektar milik kerajaan negeri secara rundingan terus tanpa tender dan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno sebagai Setiausaha Politik Ahmad Faizal. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here