Ebit Lew hadiah 5 basikal boleh lipat untuk penghantar Food Panda

0
1

Nurul Huda Abhar

TERKENAL dengan sifat prihatin, pendakwah bebas, Ebit Lew menghadiahkan basikal boleh lipat kepada lima pemuda yang bekerja menghantar makanan ‘Food Panda”.

Kelima-lima individu terbabit sebelum ini menghantar makanan dengan berjalan kaki, dan purata pendapatan mereka RM100 hingga RM300 seminggu.

Menurut Ebit, salah seorang daripada mereka adalah ibu tunggal, yang hanya menaiki Transit Aliran Ringan (LRT) untuk datang ke kawasan berkenaan.

“Mereka tiada lesen dan tiada motor atau basikal. Tak mampu beli lagi. Jadi hantar jalan kaki. Katanya mandi peluh hari-hari. Kerja sebab nak sara keluarga. Ada seorang lagi kakak dia dapat bulan ni RM450. Suami tukang urut dapat RM400 juga.

“Ada seorang adik ni tinggal dengan ibu sahaja. Ibu bapa berpisah. Selepas SPM tiada kerja. Nak tolong mak. Katanya paling best bila dapat bagi RM500 pada mak. Baki sikit-sikit untuk makan sendiri. Aduh menangis dengar.

“Suka terkesan tengok anak muda rajin begini. Tahniah adik semua yang rajin tolong keluarga. Sebulan RM700 ke RM800. Sayu hati ni,” tulisnya di laman Facebook, hari ini.

Sementara itu, Ebit, 35, memberitahu menghadiahkan mereka basikal lipat untuk memudahkan urusan untuk menaiki LRT.

“Saya hadiahkan basikal lipat. Mereka suka senang nak bawa naik LRT. Dan ada sembilan gear. Ringan nak kayuh. Special untuk mereka.

“Dan saya beri sedikit duit belanja. Buat lima orang. Dan yang ada di situ tadi. Semoga adik ini terus kuat yer dan diluaskan rezeki,” ujarnya.

Sebelum ini, pendakwah bebas itu turut menyumbangkan 200 kilogram (kg) daging segar untuk ‘menjamu’ haiwan-haiwan di Zoo Negara, baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Ebit berkata beliau berbuat demikian selepas mendapat maklumat berhubung permintaan dari taman berkenaan yang kekurangan dana akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here