KETSA Kementerian kelima lulus melalui undian suara

0
1

[PARLIMEN] Dewan Rakyat sebentar tadi meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KETSA) melalui suara majoriti.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon yang mengumumkan perkara itu, berkata ia diputuskan dengan sokongan majoriti Ahli Parlimen tanpa melalui proses undian belah bahagi.

Sebelum undian dijalankan, sesi penggulungan dibuat oleh Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Ketika pengumuman Belanjawan 2021 pada 6 November lalu, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli diperuntukkan RM2.10 bilion.

Ini adalah sesi perbahasan kementerian yang kelima diluluskan melalui undi suara selepas Kementerian Perpaduan, Kementerian Luar, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Sementara, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi diluluskan melalui undian belah bahagi. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here